Untuk kali ini kami nak update beberapa-model mesin jahit yang baru sepanjang tahun lepas dan tahun ini. Banyak juga model-model baru yang diperkenalkan untuk pelbagai kegunaan menjahit dan menyulam. Listnya seperti berikut:
Model mesin jahit Brother JA1450NT. Secara umumnya mesin ini tidak ada beza dengan model-model 14 jahitan Brother sebelum ini dari segi keupayaan menjahit. Cuma penambahan kali ini, ialah model ini ada sekali dengan auto threader!! jadi lebih mudah nak masukkan benang jahitan ke jarum ye. Model ni ada kenaikan harga sket dari sebelum ni. Harga terbaru retail ialah RM759. Tapi jika anda menjadi member Kraf Ezee, ada harga special untuk anda!!
Click link dibawah untuk pembelian online atau melihat spesifikasi dengan lebih mendalam:
https://www.krafezee.com/JA1450NT
Mesin Jahit Brother JA1450NT |
Model mesin jahit Brother LX27NT. Mesin ini pula menggantikan model Brother GS2700 yang sangat popular sebelum ini. Kami dapati tiada fungsi yang berbeza dengan model GS2700. Jumlah jahitannya masih lagi 27 jenis selain fungsi membuat lubang butang yang mudah. Bentuknya sahaja yang tidak sama walaupon size lebih kurang. Harganya juga menaik ke RM959. Tapi jika anda menjadi member Kraf Ezee, ada harga special untuk anda!!
Click link dibawah untuk pembelian online atau melihat spesifikasi dengan lebih mendalam:
https://www.krafezee.com/LX27NT
Mesin Jahit Brother LX27NT |
Mesin jahit berkomputer Brother A80. Mesin ini ada jenis berkomputer dan menggantikan model Brother NV35P. Model Brother A80 adalah lebih besar saiznya sedikit berbanding NV35P dan jumlah jahitannya juga lebih banyak berbanding NV35P. A80 ada 80 jenis jahitan manakala NV35P ada 70 jenis jahitan. Mesin ini sesuai untuk jahitan biasa dan juga quilting disebabkan ruang melipat yang besar dari model-model lain. Harganya pula lebih tinggi dari NV35P. Harga retailnya ialah RM1599.00 tapi jika anda member Kraf Ezee, harganya ada diskaun ye!!
Click link dibawah untuk pembelian online atau melihat spesifikasi dengan lebih mendalam:
https://www.krafezee.com/Brother A80 Sewing Machine
Mesin Jahit Berkomputer Brother A80 |
Mesin jahit berkomputer Brother A150. Mesin jahit ini juga adalah jenis berkomputer dan menggantikan model Brother NV50P. Seperti model A80, saiz mesin ini lebih besar sedikit dari model NV50P dan sesuai untuk digunakan untuk membuat quilting. Selain dari memiliki 150 jenis jahitan, mata gigi jahitannya (feeddog) boleh di turunkan untuk membuat "free motion quilting", jadi ianya amat sesuai untuk quilting. Walaubagaimana pon harganya lebih tinggi sedikit dari model NV55P. Harga retailnya sekarang ialah RM1799.00. Tetapi seperti biasa, member Kraf Ezee boleh mendapatkan diskaun lagi ye.
Click link dibawah untuk pembelian online atau melihat spesifikasi dengan lebih mendalam:
https://www.krafezee.com/Brother A150 Sewing Machine
Mesin Jahit Berkomputer Brother A150 |
Itu sahaja dulu update untuk kali ini. Next posting kami akan pos berkenaan model2 mesin sulam yang baru pula
Jackpot City Casino Site Review + Bonus Codes
ReplyDeleteJackpot City Casino is rated 8.8/10 by our members and 30% of luckyclub them said: "liked it". The casino is a reliable and reputable online casino with an