- Jahitan tepi biasa. Contoh penggunaan ialah pada baju kurung, baju melayu, baju biasa dan lain-lain penggunaan
- Jahitan tepi halus (kelim halus). Contoh penggunaan ialah pada tudung. Kami dapati ada banyak juga pakaian yang tidak lagi menggunakan kelim lipat sebaliknya menggunakan kelim tepi halus seperti tudung. Ianya semakin popular di gunakan untuk pakaian kanak2 dan lain-lain pakain
- Jahitan tepi biasa untuk cantuman kain. Contohnya ialah pada tepi pakaian anda dimana dengan teknik ini, and tidak perlu jahit tepi dan kemudian mencantum kain tersebut menggunakan mesin jahit biasa (dua kali kerja). Sebaliknya boleh guna mesin untuk jahit tepi dua kain serentak dan terus cantumkan kain tersebut
- Jahit tepi kedut. Ye betul dengan mesin ini anda boleh buat kedutan (ropol) terus untuk jahitan tepi tanpa perlu menukar tapak
Kesemua di atas boleh di lakukan tanpa menukar tapak mesin. Hanya perlu tukar setting pada mesin. Di Kraf Ezee, kami menerima tempahan untuk jahitan tepi biasa dan halus dengan menggunakan mesin 3034D ini dan hasilnya memang memuaskan hati pelanggan
Antara jenis kain yang sesuai pula ialah kain cotton, chiffon dan lain-lain kain. Walau bagaimanapun, kain lycra dan jersi atau seangkatan jenis boleh meregang agak sukar di gunakan untuk mesin ini. Untuk kain jenis lycra dan jersi, setting tension kebiasaanya perlu di tukar untuk mendapatkan jahitan yang OK.
Contoh jenis jahitan mesin jahit tepi Brother 3034D |
Untuk melihat spesifikasi mesin 3034D atau membuat pembelian online, boleh tengok di link berikut:
http://www.krafezee.com/Sewing-Machine-Mesin-Jahit/Portable-Overlock-sewingmachine-Mesin-Jahit-Tepi/Mesin-Jahit-Tepi-3034D-Overlocker-Malaysia
http://www.krafezee.com/Sewing-Machine-Mesin-Jahit/Portable-Overlock-sewingmachine-Mesin-Jahit-Tepi/Mesin-Jahit-Tepi-3034D-Overlocker-Malaysia
Brochure Mesin Jahit Tepi Brother 3034D |
Kami akan pos cara untuk buat jahitan tepi halus untuk posting akan datang. :)
No comments:
Post a Comment