Sunday, 17 January 2021

Kenapa Jahitan Tidak Lekat Di Kain

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Para Pembaca


Kepada yang biasa menjahit, anda pasti pernah mengalami masalah di atas iaitu jahitan tidak lekat di kain. Sama ada jahitan bahagian bawah atau bahagian atas. Masalah ini tidak kerap berlaku tetapi apabila berlaku amat menyusahkan! Terutama kalau ada tempahan tengan urgent. Kami kongsikan antara sebab-sebab umum masalah ini berlaku dan tindakan yang anda boleh buat untuk atas masalah ini


  • Anda mungkin tersalah masuk jarum. Bunyi mudah tetapi inilah antara punca yang kami selalu jumpa. Boleh jahit adan menggunakan jarum untuk mesin industri di mesin jahit portable atau sebaliknya. 
  • Jarum bengkok. Ini juga antara puncanya.
  • Mungkin rumah bobbin anda sudah rosak. Jika ada calar yang teruk di bahagian dalamnya atau pecah, maka rumah bobbin itu perlu di tukar
  • Satu lagi puncanya ialah bila timing mesin jahit sudah lari. Timing mesin jahit ialah tempoh kedudukan jarum dan rumah bobbin mesti selari untuk membolehkan benang atas mengait benang bawah. Jika anda telah cuba langkah-langkah di atas, ada kemungkinannnya timing mesin jahit sudah tidak betul. Jika ini berlaku, anda tiada pilihan lain selain dari menghantar mesin ke kedai mesin jahit untuk dibetulkan

Kami berharap maklumat ini dapat membantu anda dalam bidang menjahit


Jika anda perlukan bantuan utk servis mesin jahit bolehlah hubungi kami di talian 012-9289727


Technician kami Zul sedang membaiki mesin sulam berkomputer di kedai kami


Untuk melihat servis dan produk yang kami tawarkan sila lawati website kami di link berikut



WAZE Kraf Ezee untuk datang ke kedai kami di Bangi. 


Terima kasih :😊

No comments:

Post a Comment