Kami menerima banyak persoalan berkenaan bagaimana cara nak pilih mesin jahit yang sesuai. Pelbagai pandangan diberikan. Ada yang mengatakan bahawa mesin jahit industri adalah terbaik dan mesin jahit portable tidak tahan lama. Adakah ini benar? Kami cuba rungkaikan persoalan ini supaya anda mudah memilih mesin jahit yang sesuai.
Secara umumnya ada 2 jenis kategori besar mesin jahit iaitu mesin jahit portable dan mesin jahit industri. Di dalam kategori ini pula ada pelbagai jenis mesin jahit berlainan fungsi. Yang paling popular ialah mesin jahit lurus (portable atau industri) dan mesin jahit tepi (portable atau industri). Setiap jenis mesin jahit mempunyai kelebihan atau kekurangan yang tersendiri. Berikut adalah penerangan ringkas untuk kategori dan jenis mesin jahit yang popular dan biasa di cari:
Secara umumnya ada 2 jenis kategori besar mesin jahit iaitu mesin jahit portable dan mesin jahit industri. Di dalam kategori ini pula ada pelbagai jenis mesin jahit berlainan fungsi. Yang paling popular ialah mesin jahit lurus (portable atau industri) dan mesin jahit tepi (portable atau industri). Setiap jenis mesin jahit mempunyai kelebihan atau kekurangan yang tersendiri. Berikut adalah penerangan ringkas untuk kategori dan jenis mesin jahit yang popular dan biasa di cari:
Mesin Jahit Portable (atau Mudah Alih) adalah mesin jahit dengan pelbagai fungsi jahitan. Ianya sesuai untuk digunakan dirumah untuk kerja-kerja membaiki pakaian terkoyak dan jahit pakaian sendiri. Boleh juga digunakan untuk membuat bisnes kecilan yang tidak ada banyak tempahan. Sangat tidak sesuai untuk digunakan membuat tempahan yang banyak. Secara umumnya, kami mencadangkan mesin jahit Brother untuk jenis portable kerana kualiti mesin jahitnya bagus dengan harga berpatutan. Brand JUKI dan Singer juga boleh digunakan dengan baik.
Kelebihan mesin jahit portable ialah
- Kebiasaanya mempunyai banyak jenis corak jahitan dan boleh membuat lubang butang. Contohnya Mesin jahit Brother LX27NT boleh membuat 27 jenis corak jahitan. Atau untuk mesin jahit tepi, mesin jahit tepi portable boleh membuat pelbagai jenis jahitan tepi berbanding mesin jahit tepi industri yang khusus kepada satu jenis jahitan
- Ringan dan mudah alih. Hanya perlukan meja yang kukuh untuk digunakan.
- Harga secaranya umumnya lebih murah dari mesin jahit industri. Tetapi ini bergantung kepada jenis mesin jahit portable tersebut. Ada juga mesin jahit portable berkomputer yang lebih mahal dari mesin jahit industri!! Tapi secara umumnya mesin jahit mekanikal portable adalah lebih murah dari mesin jahit industri.
- Pelbagai jenis tapak mesin jahit yang ada boleh digunakan
Kekurangan mesin jahit portable pula ialah
- Ianya mempunyai kelajuan yang jauh lebih perlahan berbanding dengan mesin jahit industri.
- Ianya cepat panas. Secara umumnya, mesin jahit mudah alih portable boleh digunakan berterusan selama sejam sahaja dan perlu direhatkan selepas sejam untuk 15-20 minit sebelum boleh digunakan semula
Contoh mesin jahit portable Brother dan Mesin sulam Brother |
Mesin Jahit Industri (High Speed) adalah mesin jahit yang digunakan untuk mengambil tempahan yang banyak. Perbezaan utama dengan mesin jahit portable ialah, mesin jahit industri adalah khusus untuk satu jenis jahitan sahaja. Jika ianya untuk jahit lurus, maka hanya jahitan lurus sahaja yang boleh dibuat oleh mesin industri tersebut. Secara umumnya mesin jahit JUKI adalah yang terbaik untuk kategori industri tetapi harganya adalah agak tinggi. Brand lain seperti Gemsy, Bruce atau Siruba adalah lebih murah dan juga baik mesinnya pada pandangan kami.
Kelebihan mesin jahit industri ialah
Kelebihan mesin jahit industri ialah
- Kelajuan tinggi, biasanya hanya digunakan oleh tukang jahit bagi tempahan jahitan pukal yang banyak.
- Boleh digunakan berterusan selama berjam-jam tanpa risiko mesin menjadi panas.
Kekurangan mesin jahit industri ialah
- Memerlukan ruang yang besar kerana saiz mesin yang besar. Mesin jahit industri juga lebih berat.
- Mesin secara umumnya lebih mahal dari mesin jahit portable
- Hanya satu jenis jahitan sahaja untuk setiap mesin.
- Jenis tapak jahitan yang ada tidak banyak.
- Perlu maintenance menukar minyak
Jadi untuk memilih di antara mesin jahit portable atau mesin jahit industri, soalan yang anda perlu tanya diri anda sendiri ialah, adakah anda ingin membuat tempahan yang banyak? Jika YA, maka kemungkinan besar mesin jahit yang sesuai untuk anda ialah jenis mesin industri. Jika tidak, maka mesin jahit portable adalah yang sesuai dan memadai untuk anda..
Selain itu, pandangan sesetengah pihak yang mengatakan mesin industri adalah lebih baik dari mesin jahit portable adalah kurang tepat. Antara sebab pandangan ini ialah mesin portable dikatakan kurang tahan berbanding mesin industri. Ini adalah tidak tepat sama sekali. Jika anda menjaga mesin anda dengan baik, ianya akan tahan lama. Jika tidak, mesin jahit industri anda juga boleh menjadi tidak tahan lama :)
Contoh mesin jahit industri. Mesin jahit industri datang lengkap dengan meja dan tempat benangnya |
Perkara-perkara lain yang perlu juga di ambil kira ialah:
- Budget - ini sangat penting kerana mesin jahit ada pelbagai jenis harga bersesuaian dengan fungsi mesin tersebut. Secara umumnya lebih mahal harga mesin tersebut, maka lebih banyak fungsi jahitan atau sulaman pada mesin tersebut. Sebagai contoh Mesin Jahit Brother LX27NT mempunya 27 corak jahitan manakala Mesin Jahit dan Sulam Berkomputer Brother NV180 pula boleh melakukan 129 jenis jahitan dan pelbagai jenis sulaman. Harga mesin jahit LX27NT pula ialah RM959.00 (harga retail standard) manakala NV180 pula RM3599.00 retail standard. Jadi anda perlu tentukan berapa bajet yang sesuai untuk anda. Kami tidak mencadangkan anda membeli mesin jahit yang terlalu murah kerana spare part biasanya tiada.
- Fungsi dan keperluan menjahit. Jika Tuan/Puan hanya memerlukan mesin jahit untuk membetulkan koyakan pada pakaian, kemungkinan besar mesin yang diperlukan hanya Brother JA1450NT dengan 14 fungsi jahitan yang mudah. Jika Tuan/Puan perlu menjahit baju kurung 5 pasang sehari, kemungkinan besar apa yang diperlukan ialah mesin jahit industri. Dan jika anda perlu membuat quilting, maka model Brother A80 adalah minimum model yang diperlukan. Jadi anda perlu tentukan apa yang anda mahu buat dan bolehlah tentukan model yang sesuai.
Kedua-dua faktor di atas perlu di ambil kira untuk memilih mesin jahit yang sesuai. Berikut pula adalah cadangan model berdasarkan keperluan menjahit anda. Kami hanya meletakkan jenis keperluan yang asas di dalam jadual di bawah. Ada banyak lagi jenis jahitan seperti lubang butang, double line chainstitch dan sebagainya. Jika anda perlukan jenis jahitan selain dari di bawah, sila hubungi kami untuk berbincang.
Keperluan Jahitan | Cadangan Model Mesin Jahit Portable | Cadangan Model Mesin Jahit Industri |
Jahitan repair pakaian, baju kurung, langsir serta sedikit corak2 dan lubang butang |
Brother JA1450NT
Brother LX27NT
Brother A80, A150
Brother NV180, NV180D, NV180K
|
JUKI DDL8100E
JUKI DDL900B
GEMSY 8900
TYPICAL GC26D
SIRUBA L720
Nota: Hanya jahitan lurus, tiada corak dan lubang butang untuk kesemua mesin industri di atas ini
|
Quilting, corak2 jahitan yang banyak termasuk juga jahitan repair pakaian, baju kurung, langsir dan lain - lain |
Brother FS101, A80, A150
JUKI HZL K85, JUKI F600
Brother NV2600, NV180, NV180K, NV180D
| Tiada |
Sulaman dan juga Quilting, corak2 jahitan yang banyak termasuk juga jahitan repair pakaian, baju kurung, langsir dan lain - lain | Brother NV180, NV180K, NV180D, NV2600 | Tiada |
Sulaman sahaja |
Brother V3, Brother VR
|
Brother PR670E, PR1050X
Tajima dan SWF
|
Jahitan tepi halus tudung dan tepi biasa untuk baju kurung |
Brother 2104D , JUKI MO50E, Singer 14n655, OKURMA 620F, JUKI MO735
|
Tiada, kesemua mesin jahit tepi industri adalah spesifik kepada satu jenis jahitan. Penukaran jenis jahitan amatlah tidak digalakkan. Model yang ada seperti berikut
JUKI MO6804S, GEMSY 7700-3, BRUCE 768D, SIRUBA dan OKURMA.
|
Jahitan interlock coverstitch untuk T-shirt atau tudung | Brother CV3440, CV3550, JUKI MO735 | JUKI, SIRUBA C007KD, BRUCE 664DI |
Kami juga seringkali mendapat soalan berikut: Adakah mesin jahit serba boleh buat jahitan lurus dan jahitan tepi. Jawapannya: sepengetahuan kami, tiada. Ini kerana struktur mesin jahit tepi dan mesin jahit biasa adalah sangat berlainan. Mesin jahit tepi memerlukan sekurang-kurangnya 3 kedudukan "jarum", manakala mesin jahit biasa pula hanya memerlukan satu jarum dan menggunakan sekoci atau bobbin.
Setakat ini tiada lagi pengeluar mesin jahit yang mampu untuk mengeluarkan mesin sedemikian. Walaubagaimana pun, mesin jahit biasa boleh ditukar tapaknya untuk membuat jahitan tepi dengan syarat mesin tersebut mesin boleh buat jahitan zig zag dan kedudukan jarum boleh di ubah suai ke kiri atau ke kanan. Akan tetapi jahitan tepi dengan teknik sebegini tidaklah cantik dan terhad. Kami anggarkan kekemasan jahitan tepi mesin jahit biasa hanyalah pada kadar 10-15% dari mesin jahit tepi yang sebenar. Berikut adalah contoh tapak untuk jahitan tepi
Tapak Jahit Tepi atau Overlock |
Sekian untuk kali ini. Kesemua yang di tulis di atas adalah berdasarkan pengalaman dan mungkin berbeza dengan pemerhatian anda. Kami alu-alukan pandangan dan pendapat anda.
Untuk melihat model-model mesin jahit yang ada and boleh lawati website kami di link berikut:
www.krafezee.com
www.krafezee.com
Atau anda boleh lawati dan like Facebook Page kami (pada masa sekarang sudah ada 180,000 fan page like) di https://www.facebook.com/Kraf.EZ
Sebarang pertanyaan bolehlah juga call kami di talian 012-9289727 atau SMS/whatsapp atau email kepada rafizi.ramli@krafezee.com. Atau jika nak datang ke kedai kami boleh waze atau google maps Kraf Ezee.
Terima kasih sudi membaca :)
No comments:
Post a Comment