Thursday, 13 November 2014

Beza Mesin Jahit Portable dan Industri

Kali in Kraf Ezee ingin memberikan ringkasan beza mesin jahit industri dan mesin jahit portable biasa. Ini berdasarkan soalan dari kebanyakan pelanggan yang tidak pasti cara untuk memilih mesin jahit yang sesuai. Di antara perkara yang perlu di ambil kira ialah


  1. Budget - ini sangat penting kerana mesin jahit ada pelbagai jenis harga bersesuaian dengan fungsi mesin tersebut. Secara umumnya lebih mahal harga mesin tersebut, maka lebih banyak fungsi jahitan atau sulaman pada mesin tersebut. Sebagai contoh Mesin Jahit Brother GS2700 mempunya 27 corak jahitan manakala Mesin Jahit dan Sulam Berkomputer Brother NV950E pula boleh melakukan 135 jenis jahitan dan pelbagai jenis paten sulaman (jika ada pendrive dan perisian sulaman). Harga GS2700 ialah RM849.00 (harga retail standard) manakala NV950E pula RM4299.00 retail standard tetapi ada diskaun di jual pada harga RM2499.00.
  2. Fungi dan keperluan menjahit. Jika Tuan/Puan hanya memerlukan mesin jahit untuk membetulkan koyakan pada pakaian, kemungkinan besar mesin yang diperlukan hanya Brother JS1410 dengan 14 fungsi jahitan yang mudah. Jika Tuan/Puan perlu menjahit baju kurung 5 pasang sehari, kemungkinan besar apa yang diperlukan ialah mesin jahit industri. 
Kedua-dua faktor di atas perlu di ambil kira untuk memilih mesin jahit yang sesuai. Berikut adalah perbandingan antara mesin jahit industri dan mesin jahit portable untuk rujukan. Semoga rujukan ini boleh membantu anda untuk memilih mesin yang sesuai

cara memilih mesin jahit yang sesuai
Perbandingan mesin jahit portable dan mesin jahit industri

Kami juga seringkali mendapat soalan berikut: Adakah mesin jahit serba boleh buat jahitan lurus dan jahitan tepi. Jawapannya: sepengetahuan kami, tiada. Ini kerana struktur mesin jahit tepi dan mesin jahit biasa adalah sangat berlainan. Mesin jahit tepi memerlukan sekurang-kurangnya 3 kedudukan "jarum", manakala mesin jahit biasa pula hanya memerlukan satu jarum dan menggunakan sekoci atau bobbin.

Setakat ini tiada lagi pengeluar mesin jahit yang mampu untuk mengeluarkan mesin sedemikian. Walaubagaimana pun, mesin jahit biasa boleh ditukar tapaknya untuk membuat jahitan tepi dengan syarat mesin tersebut mesin boleh buat jahitan zig zag dan kedudukan jarum boleh di ubah suai ke kiri atau ke kanan. Akan tetapi jahitan tepi dengan teknik sebegini tidaklah cantik dan terhad. Kami anggarkan kekemasan jahitan tepi mesin jahit biasa hanyalah pada kadar 10-15% dari mesin jahit tepi yang sebenar. Berikut adalah contoh tapak untuk jahitan tepi

overlock sewing presser foot malaysia bangi
Tapak Jahit Tepi atau Overlock

Sekian untuk kali ini. Kesemua yang di tulis di atas adalah berdasarkan pengalaman dan mungkin berbeza dengan pemerhatian anda. Kami alu-alukan pandangan dan pendapat anda.

Untuk maklumat berkenaan mesin jahit yang boleh di dapat di Kraf Ezee, bolehlah lawati website ecommerce kami www.krafezee.com

Atau anda boleh lawati dan like Facebook Page kami (pada masa sekarang sudah ada 45,000 fan page like) di https://www.facebook.com/Kraf.EZ

Sebarang pertanyaan bolehlah juga call kami di talian 012-9289727 atau SMS/whatsapp atau email kepada krafezee@gmail.com


Terima kasih sudi membaca





No comments:

Post a Comment