Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua
Antara soalan yang selalu kami terima di Kraf Ezee ialah mesin jahit apa yang sesuai untuk digunakan untuk menjahit quilting. Contoh quilting ialah membuat comforter. Di Kraf Ezee, kami akan mencadangkan minimum spesifikasi ialah mesin jahit Brother NV35P atau mesin jahit Brother NV55P ke atas termasuk mesin jahit/sulam Brother NV950E. Walau bagaimanapun, mesin jahit terbaik daripada Brother untuk quilting ialah Brother QC-1000. Jadi kenapa dan apa kriteria minimum cadangan Kraf Ezee? Jawapannya seperti berikut:
1) Ruang untuk melipat bahan jahitan yang lebih besar berbanding model Brother yang lain seperti mesin jahit Brother JS1410 dan Brother GS2700.
Perlu di ingat comforter adalah tebal dan untuk membuat corak yang sekata di comforter, anda perlu menggulung comforter tersebut untuk menjahit di bahagian sebelah kiri comforter. Jadi mesin-mesin jahit dengan ruangan yang kecil akan mempunya masalah. Mesin jahit Brother NV35P, NV55P dan NV950E mempunyai ruangan minima yang lebih luas dan "cukup syarat" untuk membuat quilting. Manakala mesin jahit quilting Brother QC-1000, mesin jahit / sulam Brother NV1500D dan Bother NV4500D mempuanyai ruangan yang sangat luas untuk menggulung comforter. Untuk Brother NV1500D dan Brother NV4500D pula, di samping boleh menjahit, anda juga boleh menyulam! Di ruangan akhir post ini kami akan paparkan mesin-mesin ini.
Ruangan yang besar memudahkan untuk menggulung kain ketika menjahit quilting |
Ini adalah perbandingan corak-corak jahitan mesin jahit Brother. Untuk membuat quilting, jika ada lebih banyak corak jahitan, maka lebih cantik quilting anda kerana ada banyak pilihan.
Mesin Jahit Brother JS1410 - 14 jenis jahitan
Mesin Jahit Brother GS2700 - 27 jenis jahitan
Mesin Jahit Berkomputer Brother NV35P - 70 jenis jahitan
Mesin Jahit Berkomputer Brother NV55P - 129 jenis jahitan
Mesin Jahit / Sulam Berkomputer Brother NV950E - 129 jenis jahitan + 196 jenis sulaman
Mesin Jahit / Sulam Berkomputer Brother NV1500D - 283 jenis jahitan + 148 jenis sulaman
Mesin Jahit / Sulam Berkomputer Brother NV4500D - 487 jenis jahitan + 416 jenis sulaman
Mesin Jahit Berkomputer Quilting Brother QC-1000 - 517 jenis jahitan
3) Boleh di sambung dengan wide table extension.
Untuk Brother QC-1000 Sewing Quilting Machine, wide table teserdia ada. Ini memudahkan anda untuk menjahit comforter yang besar.
Brother QC-1000 Quilting Sewing Machine dengan wide table extension |
Mesin Jahit Brother NV50 (model lama NV55P) dengan Wide Table Extension |
4) Feed dog boleh di tenggelamkan untuk membuat free motion quilting.
Tapak quilting atau darning presser foot perlu di gunakan untuk membuat free motion quilting. HMM, kami rasa susah nak menerangkan macam mana free motion quilting ini, jadi kami paparkan youtube Brother untuk mesin QC-1000 ini
Persoalannya ialah apa istimewanya Brother QC-1000 Quilting Sewing Machine jika dibandingkan dengan mesin-mesin jahit Brother yang lain? Jawapannya ialah seperti berikut:
- Innov-ís Continuous Automatic Pressure Sensor (ICAPS). Ciri ini memboleh kan mesin jahit ini mengesan ketebalan kain yang dijahit sewaktu menjahit dan membuat perubahan kepada tekanan tapak kaki ke ke atas kain. Ini akan menghasilkan jahitan quilt yang cantik!!
- Pivot Function membolehkan anda memusingkan kain sewaktu menjahit dengan mudah
- Mesin ini dibekalkan dengan 3 tapak mesin jahit untuk quilting dan siap sekali dengan wide table extension.
- Banyak pre loaded atau built in quilting stitches di dalam mesin ini.
Untuk melihat spesifikasi mesin jahit quilting Brother QC-1000 ini secara terus di website e-commerce, boleh lah tekan link berikut:
Berikut pula adalah model-model mesin jahit yang kami cadangkan untuk membuat quilting. Anda boleh klik link we website e-commerce kami untuk melihat spesifikasi atau harga tawaran untuk mesin jahit ini
Lawati website e-commerce kami untuk pembelian online atau untuk melihat spesifikasi mesin-mesin jahit Brother ini dengan lebih detail ye. Link nya seperti berikut:
Anda juga boleh melawati kedai kami untuk melihat unit-unit demo yang ada dan juga membuat pembelian di Kraf Ezee, No 30 Jalan PB3 Seksyen 9 Bandar Baru Bangi Selangor Malaysia.
Hubungi kami di talian 012-9289727 (Encik Rafizi) untuk maklumat lanjut.
No comments:
Post a Comment