Ramai yang bertanya kenapa paten sulaman yang telah di buat dengan software sulaman tidak boleh di baca bila dimasukkan ke dalam mesin sulam. Untuk mesin sulam Brother dan kebanyakan mesin sulam jenama lain, sebab-sebabnya adalah seperti berikut:
- File yang digunakan adalah bukan format file sulaman untuk mesin tersebut. Contohnya mesin sulam Brother menggunakan file *.pes, mesin sulam Janome *.jef. Jika anda meletakkan file gmbar *.jpeg, maka mesin sulam tidak akan dapat membaca file tersebut!
- File yang di letakkan sudah rosak atau corrupt. Jadi anda perlu membuat semula sulaman tersebut di software
- Saiz untuk hoop lebih besar dari spesifikasi hoop mesin sulam tersebut. Sebagai contoh mesin sulam Brother NV950E dan Brother NV980K atau NV980D mempunyai saiz hoop maximum 100 mm x 100 mm atau 4 inci x 4 inci. Jika paten sulaman adalan 101 mm x 99 mm, maka mesin sulam tersebut tidak akan membaca paten tersebut walaupun jenis filenya ialah *.pes. Begitu juga jika saiz hoop embroidery frame di set kan kepada saiz lebih daripada 100 mm x 100 mm, maka mesin tidak akan membaca file tersebut. Ini telah di setkan kedalam mesin sulam oleh pembuat mesin untuk mengelakkan kerosakan kepada mesin.
- Terdapat terlalu banyak file sulaman di dalam pendrive. Untuk mesin sulam Brother, kami mendapati jumlah maximum file *.pes di dalam pendrive yang boleh diletakkan ialah tidak melebihi 10 - 20 file. Untuk mesin Janome, hanya satu file sulam *,jef yang boleh diletakkan di dalam pendrive dalam satu satu masa. Jika tidak mesin sulam tidak akan membaca file tersebut. Kenapa ini berlaku? Kami pon tidak pasti :)
Akhir sekali, ramai yang bertanya adakah mesin akan terkena virus jika di letakkan Pendrive. Jawapannya kami tidak tahu sepenuhnya tetapi berdasarkan keterangan beberapa pakar IT yang kami tanya, virus komputer hanya boleh berjangkit ke sistem yang sama, seperti Windows ke Windows. Sistem mesin sulam bukan lah Windows jadi peluang untuk terkena virus adalah teramat tipis. Jadi jika file sulaman anda tidak dapat di baca oleh mesin, sila check di antara 4 perkara di atas sebelum menyalahkan virus!! :)
Semoga posting ini dapat membantu anda menyulam
Terima kasih
No comments:
Post a Comment