Sunday 9 November 2014

Perbandingan Mesin Sulam Brother

Berikut adalah perbandingan di antara mesin-mesin sulam Brother. Secara umumnya jika anda ingin menyulam topi atau cap, anda mesin mengambil mesin sulam Brother PR-650E (sekarang PR-655) atau PR-1000e. Kedua-dua mesin ini boleh digunakan dengan cap cylinder untuk menyulam cap.

Jika tidak mesin-mesin sulam berjarum satu boleh melakukan sulaman ke atas towel, pakain biasa, seluar jeans dan lain-lain jenis kain. Cumanya kalau anda perlu membuat logo atau nametag, software sulaman di perlukan.

Ringkasan perbandingan mesin-mesin sulam Brother adalah seperti berikut:


  1. Mesin 2 in 1. Boleh menjahit dan menyulam. Kesemua mesin jenis ini adalah berjarum satu. Bermakna jika menyulam, benang sulam perlu ditukar dari masa ke semasa apabila warna berubah. Mesin-mesin yang termasuk di dalam kategori ini ialah Brother NV950E, NV980K (Hello Kitty), NV980D (Disney), NV1500D, NV4500D dan NV-1. Mesin ini boleh ditukar mode (perlu menukar tapak mesin) dari mode menjahit ke mode menyulam dengan mudah. Kesemua mesin-mesin jahit dan sulam ini di kawal menggunakan touch screen.
  2. Mesin Sulam sahaja berjarum satu. Mesin di dalam kategori ini hanya boleh menyulam sahaja. Contoh mesin ini ialah NV90E (tidak kami tawarkan), NV750E dan NV V3 (Model terbaru)
  3. Mesin Sulam sahaja, jarum lebih dari satu. Brother menawarkan hanya dua model iaitu PR650E (Khabarnya akan di upgrade ke PR655). PR650E berjarum 6. Satu lagi model Brother ialah PR-1000E, PR-1000E berjarum 10. Kedua-dua mesin ini ditawarkan dengan Perisian sulaman Brother Next PE percuma. Tambahan cap frame dan cylinder frame juga boleh di dapati.

Maaf ye gambar di bawah ini agak kecil. Sila tekan untuk besarkan dan lihat perbandingan mesin-mesin sulam Brother. di Kraf Ezee, kami ada ready stok mesin NV950E, NV980K, NV980D, NV750E dan NV V3. Manakala show room unit pula ada di sediakan untuk model NV950E (sama dengan NV980K dan NV980D) dan juga V3 untuk tujuan demo dan latihan penggunaan.



Perbandingan Mesin Sulam Brother. Klik Untuk Besarkan


mesin sulam brother V3
Show Room Mesin Jahit dan Mesin Sulam Kraf Ezee di Bangi Selangor Malaysia


No comments:

Post a Comment