Sunday, 17 January 2021

Kenapa Jahitan Tidak Lekat Di Kain

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Para Pembaca


Kepada yang biasa menjahit, anda pasti pernah mengalami masalah di atas iaitu jahitan tidak lekat di kain. Sama ada jahitan bahagian bawah atau bahagian atas. Masalah ini tidak kerap berlaku tetapi apabila berlaku amat menyusahkan! Terutama kalau ada tempahan tengan urgent. Kami kongsikan antara sebab-sebab umum masalah ini berlaku dan tindakan yang anda boleh buat untuk atas masalah ini


  • Anda mungkin tersalah masuk jarum. Bunyi mudah tetapi inilah antara punca yang kami selalu jumpa. Boleh jahit adan menggunakan jarum untuk mesin industri di mesin jahit portable atau sebaliknya. 
  • Jarum bengkok. Ini juga antara puncanya.
  • Mungkin rumah bobbin anda sudah rosak. Jika ada calar yang teruk di bahagian dalamnya atau pecah, maka rumah bobbin itu perlu di tukar
  • Satu lagi puncanya ialah bila timing mesin jahit sudah lari. Timing mesin jahit ialah tempoh kedudukan jarum dan rumah bobbin mesti selari untuk membolehkan benang atas mengait benang bawah. Jika anda telah cuba langkah-langkah di atas, ada kemungkinannnya timing mesin jahit sudah tidak betul. Jika ini berlaku, anda tiada pilihan lain selain dari menghantar mesin ke kedai mesin jahit untuk dibetulkan

Kami berharap maklumat ini dapat membantu anda dalam bidang menjahit


Jika anda perlukan bantuan utk servis mesin jahit bolehlah hubungi kami di talian 012-9289727


Technician kami Zul sedang membaiki mesin sulam berkomputer di kedai kami


Untuk melihat servis dan produk yang kami tawarkan sila lawati website kami di link berikut



WAZE Kraf Ezee untuk datang ke kedai kami di Bangi. 


Terima kasih :😊

Wednesday, 13 January 2021

Tutorial: Cara Untuk Mengubah Arah Jahitan Mesin Jahit Industri Dengan Direct Drive Servo Motor

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Anda ada mesin jahit industri direct drive servo motor dan bola jalan jahitannya mengundur? Jangan risau mesin jahit anda tidak rosak. Kami tunjukkan cara untuk betulkan balik settingnya. Mudah sahaja!




Direct drive servo motor ini adalah trend terbaru mesin jahit industri. Motornya kecil tapi berkuasa tinggi dan dipasang terus ke badan mesin jahit tanpa belting. Apa kelebihannya?


  1. Lebih senyap
  2. Lebih jimat elektrik berbanding clutch motor
  3. Maintenance lebih murah dari mesin biasa. Anda tidak perlukan lagi belting
  4. Mesin jahit juga lebih ringan dari mesin jahit dengan clutch motor!

Semoga posting ini membantu anda untuk menyelesaikan masalah anda
www.krafezee.com
012-9289727

Waktu Operasie Semasa PKP2.0 Bermula 13 Januari 2021

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


Kami beroperasi seperti biasa untuk tempoh MCO kali ini dengan kebenaran dari pihak berkuasa. Waktu operasi adalah seperti biasa 10-6 petang. Pelanggan perlu mematuhi SOP COVID19 sewaktu datang ke kedai. Selain itu jika tidak dapat datang, kami boleh membuat penghantaran melalui pos atau LALAMOVE.


Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi kami di talian

012-9289727
010-2219727
www.krafezee.com

Tuesday, 5 January 2021

Mesin Sulam Brother VR

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Adakah anda sedang mencari mesin sulam yang boleh digunakan untuk menyulam pelbagai jenis pakaian, kasut dan topi juga? Tapi tidak mahu yang harga terlalu mahal? Kami ada model mesin sulam yang sesuai untuk aplikasi seperti ini


Sebelum kami pekenalkan mesin sulam ini, kepada pembaca yang budiman sekalian, jika anda sedang mencari mesin sulam atau sudah mahir menggunakan mesin sulam, kemungkinan besar anda tahu yang secara umumnya mesin sulam ada 2 jenis,


Jenis Pertama: Mesin Sulam 1 Jarum Untuk Aplikasi Flat

  • Mesin sulam jenis ini kebiasaannya berharga kurang dari RM10,000.00
  • Memiliki hanya satu jarum
  • Hanya boleh digunakan untuk aplikasi kain yang "flat" seperti tuala, baju dan lain-lain
  • TIDAK BOLEH digunakan untuk aplikasi melengkung seperti topi dan kasut.

Contoh mesin sulam seperti ini ialah mesin sulam Brother V3SE di bawah

Mesin Sulam Brother V3


Jenis Kedua: Mesin Sulam Banyak Jarum

  • Mesin sulam jenis ini kebiasaannya berharga lebih dari RM40,000.00. 
  • Memiliki lebih dari satu jarum
  • Hanya boleh digunakan untuk aplikasi kain yang "flat" seperti tuala, baju dan lain-lain 
  • BOLEH digunakan untuk aplikasi melengkung seperti topi dan kasut.

  •  Contoh mesin sulam seperti ini ialah mesin sulam Brother PR670E yang memiliki 6 jarum di bawah

    Mesin Sulam Brother PR670E


    Sekarang kami perkenalkan model mesin sulam yang berada di antara kedua-kedua jenis ini iaitu Brother VR. Ciri-ciri umumnya

    • Memiliki Satu Jarum
    • Boleh digunakan untuk menyulam kain, tuala DAN JUGA topi serta kasut
    • Harganya pula ialah RM18,999.00. Jangan risau kami boleh bagi diskaun lagi :)
    Mesin Sulam Brother VR



    Berikut adalah rakaman video perkenalan mesin sulam Brother VR. Jika berminat boleh hubungi kami di talian 012-9289727 ye. Latihan penggunaan kami boleh lakukan penuh untuk mesin sulam ini. Servis untuk mesin sulam pon kami lakukan sendiri kerana kami adalah Authorized Dealer dan Service Center untuk Mesin Jahit Brother


    Klik link berikut untuk melihat spesifikasi mesin sulam Brother VR dengan lebih terperinci









    Wednesday, 30 December 2020

    Mesin Jahit Tepi Halus Industri GEMSY 7723E

    Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

    Kami nak kongsikan video youtube tentang mesin jahit tepi halus untuk tudung brand GEMSY 7723E. Hasilnya kemas dan cantik! Antara ciri-ciri menarik mesin jahit ini ialah


    1. Lengkap dengan servo motor. Lebih jimat elektrik dan boleh ubah kelajuan
    2. Ada lampu LED
    3. 1 jarum 3 benang


    Jika berminat untuk tahu lebih lanjut spesifikasi boleh klik link berikut. Harganya ialah RM2250.00 (Harga tertakhluk kepada perubahan semasa tanpa notis). Harga termasuk meja, pemasangan dan penghantaran ke kawasan dalam 50 km dari Bangi. Boleh Whatsapp kami di nombor berikut untuk pertanyaan lanju

    012-9289727



    KLIK SINI untuk melihat spesifikasi lebih lanjut




    Friday, 25 December 2020

    Tutorial Memasukkan Benang Ke Mesin Jahit dan Mesin Sulam Brother NV180

     Assalamualaikum


    Sudah begitu lama kami tidak update blog ini. Di atas permintaan ramai kami akan mula untuk update kembali blog ini. Jom like dan subscribe blog kami ini.


    Untuk kali ini Kraf Ezee nak share video cara nak masukkan benang dengan mudah ke mesin sulam Brother NV180. Mesin sulam ini adalah antara yang terbaru dari Brother. Apa yang menarikanya ialah mesin sulam Brother NV180 ini adalah dwifungsi, boleh digunakan untuk menjahit dan juga menyulam. Berikut adalah youtube tutorial penggunaan cara memasukkan benang. Moga bermanfaat.


    Untuk melihat spesifikasi mesin sulam Brother NV180, anda boleh melawat website kami di link berikut





    Friday, 26 July 2019

    TUTORIAL GUNA TAPAK KELIM BIASA MESIN JAHIT INDUSTRI

    Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

    Jika anda nak jahit biasa tape and nak buat kelim lipatan yang agak lebar dengan menggunakan mesin jahit lurus industri, anda boleh menggunakan tapak binding feet berikut. Cara penggunaannya mudah sahaja

    www.krafezee.com